Saturday, 21 July 2012

Ciri insan cemerlang

Insan cemerlang? setiap dari kita pasti mempunyai cita-cita untuk menjadi insan yang cemerlang disepanjang hayat kita. Tetapi adakah kita sedar untuk menjadi insan yang cemerlang kita perlu membuat pengorbanan wang, tenaga, masa dan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki.

Pendapat, saya insan yang cemerlang ini adalah meraka yang mempunyai ilmu pengetahuan, beriman, boleh mempengaruhi orang lain, mendidik dan paling utama menjadi sebenar-benarnya hamba kepada Allah. Oleh itu boleh disimpulkan untuk menjadi insan cemerlang kita perlu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-

1.Niat yang betul
“ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab) Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t

2.Berwawasan dan bermatlamat 
Kita perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kita tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’ dimana kehidupan ini ada batasan dan kita juga terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat kehidupan di dunia ini kita mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan sanggup berkorban
Tidak semua dari kita mempunyai dua sifat ini iaituberani dan sanngup untuk berkorban. Berani dan sanggup berkorban adalah satu sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain. Keberanian adalah untuk menegakkan hukum islam dan kesanggupan kita untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan dengan cara dan jalan yang baik.

4.Fokus
Kita hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Dimana dalam fikiran kita jika selalu disebut perkataan yang positif satu aura yang akan berada disekeliling kita akan sentiasa mencari caj yang berpositif, manakala jika kita berfikiran negetif,aura tersebut akanmencari caj yang negetif.Oleh itu fokus dan tumpuan kita tidak akan berjaya.
5.Sentiasa mencari ilmu
Ilmu yang berada disekeliling kita adalah terlalu banyak untuk kita perolehinya.Bergantung pada cara kita  bagaimana hendak mencapainya, sama ada secara umum atau khusus. Dimana setiap bidang yang hendak diteroka kita perlu ilmu khusus bergantung kepada keperluan semasa.