Monday, 27 August 2012

Hamba kepada Allah

Salam Aidil Fitri - Pada entry kali ini saya nak berbicara sedikit mengenai tugas kita sebagai hamba kepada Allah. Apa yang kita tahu pasal hamba? Apa yang seorang hamba kena buat kepada tuannya? Begitu juga dengan kita ini adalah hamba kepada Allah, yang mana ada beberapa tugas yang WAJIB kita dahulukan iaitu:-

a) Beriman kepada Allah - iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah  itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutanNya disamping meninggalkan segala sifat atau perkara yang boleh membawa kepada syirik.

b )Membanyakkan beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah -  iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalan segala laranganNya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah

c) Sentiasa bertaubat - iaitu sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah. Kita sebagai hamba selalu melakukan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Segala gerak geri hidup hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan pujian atau perhatian manusia.

d) Sentiasa melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.

e) Sentiasa redha menerima qada dan qadar Allah - iaitu bersabar dab bersyukur apabila menerima ujian dan nikmat dari Allah. Sabda Rasulallah yang bermaksud " Apabila amendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya "

No comments:

Post a Comment