Apa itu akhlak? Dari segi bahasa ia berasal daripada perkataan 'khluq' yang bermaksud perilaku, perangai atau tabiat, manakala dari segi maksudnya 'akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu' - kata imam Al-Ghazali. Dengan kata mudah akhlak adalah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran. Maknanya apabila seseorang itu mudah melakukan kebaikan secara spontan, automatik dan konsisten, maka barulah dikira berakhlak.
Bagaimana hendak membentuk akhlak? Akhlak dibentuk dari dalam ke luar (inside out). Input adalah melalui rukun iman. Dimana langkah membentuk akhlak dimulakan dengan memantapkan sistem keyakinan berasaskan tauhid sebagai paksi utama yang membentuk world view, kemudian sistem nilai serta sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan yang baik. Kemudian melalui proses rukun Islam pula diterjemahan melalui amalan-amalan yang ritual. Ini adalah satu pakej latihan yang bersepadu, konsisten dan diamalkan secara rutin. Pada tahap ini keyakinan rukun iman dilahirkan dalam rukun Islam. Akhirnya akhlak yang dilahirkan melalui output secara mudah, istiqamah, ikhlas dan ihsan kerana merasakan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh kita. - wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment