Saturday, 15 September 2012

Uwais Al-qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa u
ntuk kamu berdua."

Sayyidina Umar dan Sayyidina ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

begitu terkenalnya Uwais Al-Qarni sehinggakan namanya disebut2 baginda Rasulullah.

Uwais Al-Qarni seorang pemuda yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah uzur dan lumpuh suatu ketika dahulu pada zaman Rasulullah,dia telah memeluk islam selepas seruan islam sampai di bumi Yaman.beliau sangatlah miskin dan hanyalah bekerja sebagai pengembala kambing,hasil upahnya setiap hari hanya cukup untuk menyara kehidupannya dan ibunya sahaja.dia tidak disukai oleh orang kampung kerana mereka menganggap uwais adalah seorang yang aneh dan berpenyakit sopak.

Pada suatu hari,ibunya berhajat hendak menunaikan haji ke Mekah tetapi uwais merasakan dia tersangatlah tidak mampu hendak menunaikan hajat ibunya itu kerana kalau hendak ke mekah kenalah menyiapkan seekor unta dan semestinya harganya sangat mahal.atas dasar patuh dan taat akan ibunya dia mendapat satu idea macam mana hendak menunaikan hajat ibunya itu.dia pun pergi membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan membuat sebuah rumah kecil di atas bukit untuk anak lembu tersebut.

pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu untuk naik keatas bukit itu,kemudian di sebelah pagi keesokannya dia akan mendukung lembu itu sampai ke bawah bukit.itulah perbuatan yang dilakukannya setiap hari sehinggakan perbuatannya itu dianggap semakin tidak waras oleh penduduk sekitar.

sekali pandang nampak macam tidak cerdik,tetapi ianya adalah satu idea yang sangat bijak,lembu yang pada mulanya berat hanyalah 20kg dan setelah beberapa bulan beratnya pun bertambah menjadi 100kg.setelah beberapa ketika melakukan perbuatan tersebut,otot-otot uwais al-qarni menjadi sangat kuat sehinggakan beliau mampu mengangkat lembu tersebut yang beratnya 100kg dengan senang sahaja.

apabila tiba musim haji,dia pun bercadang hendak membawa ibunya pergi menunaikan haji.rupa-rupanya perbuatannya sebelum ini adalah persiapan untuk ibunya yang hendak ke mekah menunaikan haji,dia membawa ibunya ke mekah dari yaman dengan memangku ibunya dan diletakkan segala bagai makanan dan barang keperluan di belakangnya.dia juga mendukung ibunya mengerjakan tawaf,saie dan seterusnya memangku ibunya kembali ke yaman.

apabila ditanya ibunya tentang apakah yang didoakannya ketika berada di mekah dia pun menjawab:

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.

Allah menyembuhkan serta merta penyakit Uwais Al-Qarni,hilang semua putih di badan kecuali sedikit sahaja di tengkuknya.

tidak lama kemudian,ibu dia pun meninggal dunia dan dia telah menunaikan segala hajat dan permintaan ibunya.

dia telah diangkat sebagai seorang yang amat tinggi martabatnya di langit,itulah dia
Uwais Al-Qarni seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi tetapi sangat terkenal dilangit

No comments:

Post a Comment