Saturday, 15 September 2012

Uwais Al-qarni

Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa u
ntuk kamu berdua."

Sayyidina Umar dan Sayyidina ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

begitu terkenalnya Uwais Al-Qarni sehinggakan namanya disebut2 baginda Rasulullah.

Uwais Al-Qarni seorang pemuda yang tinggal di Yaman bersama ibunya yang sudah uzur dan lumpuh suatu ketika dahulu pada zaman Rasulullah,dia telah memeluk islam selepas seruan islam sampai di bumi Yaman.beliau sangatlah miskin dan hanyalah bekerja sebagai pengembala kambing,hasil upahnya setiap hari hanya cukup untuk menyara kehidupannya dan ibunya sahaja.dia tidak disukai oleh orang kampung kerana mereka menganggap uwais adalah seorang yang aneh dan berpenyakit sopak.

Pada suatu hari,ibunya berhajat hendak menunaikan haji ke Mekah tetapi uwais merasakan dia tersangatlah tidak mampu hendak menunaikan hajat ibunya itu kerana kalau hendak ke mekah kenalah menyiapkan seekor unta dan semestinya harganya sangat mahal.atas dasar patuh dan taat akan ibunya dia mendapat satu idea macam mana hendak menunaikan hajat ibunya itu.dia pun pergi membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan membuat sebuah rumah kecil di atas bukit untuk anak lembu tersebut.

pada setiap petang dia akan mendukung anak lembu itu untuk naik keatas bukit itu,kemudian di sebelah pagi keesokannya dia akan mendukung lembu itu sampai ke bawah bukit.itulah perbuatan yang dilakukannya setiap hari sehinggakan perbuatannya itu dianggap semakin tidak waras oleh penduduk sekitar.

sekali pandang nampak macam tidak cerdik,tetapi ianya adalah satu idea yang sangat bijak,lembu yang pada mulanya berat hanyalah 20kg dan setelah beberapa bulan beratnya pun bertambah menjadi 100kg.setelah beberapa ketika melakukan perbuatan tersebut,otot-otot uwais al-qarni menjadi sangat kuat sehinggakan beliau mampu mengangkat lembu tersebut yang beratnya 100kg dengan senang sahaja.

apabila tiba musim haji,dia pun bercadang hendak membawa ibunya pergi menunaikan haji.rupa-rupanya perbuatannya sebelum ini adalah persiapan untuk ibunya yang hendak ke mekah menunaikan haji,dia membawa ibunya ke mekah dari yaman dengan memangku ibunya dan diletakkan segala bagai makanan dan barang keperluan di belakangnya.dia juga mendukung ibunya mengerjakan tawaf,saie dan seterusnya memangku ibunya kembali ke yaman.

apabila ditanya ibunya tentang apakah yang didoakannya ketika berada di mekah dia pun menjawab:

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya, dia berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.

Allah menyembuhkan serta merta penyakit Uwais Al-Qarni,hilang semua putih di badan kecuali sedikit sahaja di tengkuknya.

tidak lama kemudian,ibu dia pun meninggal dunia dan dia telah menunaikan segala hajat dan permintaan ibunya.

dia telah diangkat sebagai seorang yang amat tinggi martabatnya di langit,itulah dia
Uwais Al-Qarni seorang wali Allah yang tidak terkenal di bumi tetapi sangat terkenal dilangit

Monday, 3 September 2012

Membentuk akhlak yang murni

Apa itu akhlak? Dari segi bahasa ia berasal daripada perkataan 'khluq' yang bermaksud perilaku, perangai atau tabiat, manakala dari segi maksudnya 'akhlak ialah satu sifat yang tertanam dalam jiwa daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu' - kata imam Al-Ghazali. Dengan kata mudah  akhlak adalah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran. Maknanya apabila seseorang itu mudah melakukan kebaikan secara spontan, automatik dan konsisten, maka barulah dikira berakhlak.

Bagaimana hendak membentuk akhlak? Akhlak dibentuk dari dalam ke luar (inside out). Input adalah melalui rukun iman. Dimana langkah membentuk akhlak dimulakan dengan memantapkan sistem keyakinan berasaskan tauhid sebagai paksi utama yang membentuk world view, kemudian sistem nilai serta sikap yang akhirnya melahirkan kelakuan yang baik. Kemudian melalui proses rukun Islam pula  diterjemahan melalui amalan-amalan yang ritual. Ini adalah satu pakej latihan yang bersepadu, konsisten dan diamalkan secara rutin. Pada tahap ini keyakinan rukun iman dilahirkan dalam rukun Islam. Akhirnya akhlak yang dilahirkan melalui output secara mudah, istiqamah, ikhlas dan ihsan kerana merasakan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh kita. - wallahu a'lam

Monday, 27 August 2012

Hamba kepada Allah

Salam Aidil Fitri - Pada entry kali ini saya nak berbicara sedikit mengenai tugas kita sebagai hamba kepada Allah. Apa yang kita tahu pasal hamba? Apa yang seorang hamba kena buat kepada tuannya? Begitu juga dengan kita ini adalah hamba kepada Allah, yang mana ada beberapa tugas yang WAJIB kita dahulukan iaitu:-

a) Beriman kepada Allah - iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah  itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan segala tuntutanNya disamping meninggalkan segala sifat atau perkara yang boleh membawa kepada syirik.

b )Membanyakkan beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah -  iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalan segala laranganNya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah

c) Sentiasa bertaubat - iaitu sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah. Kita sebagai hamba selalu melakukan kesalahan sama ada disedari atau tidak. Segala gerak geri hidup hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan pujian atau perhatian manusia.

d) Sentiasa melaksanakan segala perkara yang wajib, fardu dan nawafil.

e) Sentiasa redha menerima qada dan qadar Allah - iaitu bersabar dab bersyukur apabila menerima ujian dan nikmat dari Allah. Sabda Rasulallah yang bermaksud " Apabila amendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka menjadi baiklah baginya "

Saturday, 21 July 2012

Ciri insan cemerlang

Insan cemerlang? setiap dari kita pasti mempunyai cita-cita untuk menjadi insan yang cemerlang disepanjang hayat kita. Tetapi adakah kita sedar untuk menjadi insan yang cemerlang kita perlu membuat pengorbanan wang, tenaga, masa dan akal fikiran untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki.

Pendapat, saya insan yang cemerlang ini adalah meraka yang mempunyai ilmu pengetahuan, beriman, boleh mempengaruhi orang lain, mendidik dan paling utama menjadi sebenar-benarnya hamba kepada Allah. Oleh itu boleh disimpulkan untuk menjadi insan cemerlang kita perlu mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-

1.Niat yang betul
“ Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Sayyidina Umar al-Khattab) Oleh itu kalian harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, samaada yang berbentuk ibadah atau pun amal kebiasaan. Niat ini adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t

2.Berwawasan dan bermatlamat 
Kita perlulah meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Matlamat bersih dan jalan untuk mencapai matlamat tersebut juga mesti bersih. Kita tidak boleh menggunakan kaedah, ‘Matlamat boleh menghalalkan cara’ dimana kehidupan ini ada batasan dan kita juga terikat dengan peraturan dan hukum Islam. Matlamat kehidupan di dunia ini kita mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

3.Berani dan sanggup berkorban
Tidak semua dari kita mempunyai dua sifat ini iaituberani dan sanngup untuk berkorban. Berani dan sanggup berkorban adalah satu sifat yang saling memerlukan antara satu sama lain. Keberanian adalah untuk menegakkan hukum islam dan kesanggupan kita untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan dengan cara dan jalan yang baik.

4.Fokus
Kita hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sedang dilakukan.Kuasa tumpuan (fokus) mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Dimana dalam fikiran kita jika selalu disebut perkataan yang positif satu aura yang akan berada disekeliling kita akan sentiasa mencari caj yang berpositif, manakala jika kita berfikiran negetif,aura tersebut akanmencari caj yang negetif.Oleh itu fokus dan tumpuan kita tidak akan berjaya.
5.Sentiasa mencari ilmu
Ilmu yang berada disekeliling kita adalah terlalu banyak untuk kita perolehinya.Bergantung pada cara kita  bagaimana hendak mencapainya, sama ada secara umum atau khusus. Dimana setiap bidang yang hendak diteroka kita perlu ilmu khusus bergantung kepada keperluan semasa.